VISI SEKOLAH

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN AKHLAK

MISI SEKOLAH

1. Peningkatan prestasi akademik serta pembentukan peribadi yang mulia.
2. Mewujudkan perasaan kekitaan,tanggung jawab dan penyayang di kalangan para guru, ibu bapa dan pelajar.
3. Menyediakan suasana persekolahan yang cekap,kemas,mesra dan selamat.

********** BERITA TERKINI **********



********** BERITA TERKINI **********





Monday, June 29, 2009

Jemputan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009

Warga sekolah SKTB dengan sukacitanya menjemput Ibu Bapa untuk menghadiri Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 pada :

Tarikh : 4 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sek. Pendidikan Khas Persekutuan, Jln. Lembah Permai, P. Pinang.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menyuntik semangat anak-anak untuk mencapai kecemerlangan seterusnya.

Terima Kasih Semua Guru & Ibu Bapa

Pentadbiran Sek. Keb. Tanjung Bunga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana telah berjaya melaksanakan Hari Waris Jaya. Tidak lupa juga kepada semua ibu bapa yang telah hadir berbincang, bertukar pandangan dan mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian anak-anak dalam peperiksaan pertengahan tahun 2009. Peratus kehadiran ibu bapa ialah 92% . Semoga dengan cara ini dapatlah kita bersama-sama dengan pihak sekolah membantu demi kejayaan anak-anak.

Friday, June 26, 2009

Hari Waris Jaya 2009

Warga Pendidik dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Tanjung Bunga dengan segala hormatnya menjemput semua Ibu Bapa atau Waris ke Hari Waris Jaya 2009 untuk membincangkan masalah akademik anak-anak dengan guru-guru dan seterus mengambil Rekod Kemajuan Bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 anak-anak masing.

Tarikh : 27 JUN 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari


Moga usaha ini dapat membantu pihak sekolah dan ibu bapa kenalpasti masalah anak-anak seterusnya dapat mengembeling usaha bagi meningkatkan prestasi anak-anak kita.

Guru Besar,
SKTB.

Monday, June 22, 2009

Selamat Datang Guru-Guru KPLI IPGMPPP

Guru-Guru dan Murid-Murid SKTB mengalu-alukan kedatangan Guru-Guru Pratikum KPLI dari IPGMPPP. Kehadiran akan memberi impak kepada diri dan sekolah ini. Selamat Maju Jaya.

Sunday, June 21, 2009

Mesyuarat Guru Ke 3

Mesyuarat Guru Kali Ke 3 akan diadakan pada :
Tarikh : 24 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 1.45 tgh
Tempat : Bilik Komputer SKTB

Semua guru diwajibkan hadir.

Friday, June 19, 2009

Mesyuarat AJK PIBG

Mesyuarat AJK PIBG Ke 3 akan didakan pada :
Tarikh : 24 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Bilik Komputer, SKTB.
Agenda Mesyuarat:

Semua AJK dijemput hadir.

Thursday, June 4, 2009

Kerja-Kerja Membina 2 Blok Tambahan


Pandangan Dari Bolk B

Kerja-Kerja Meroboh Blok Kantin

Cadangan Kantin Sementara

Syukur kepada allah... Allamdulillah...kerana Sekolah kita telah mendapat 2 blok tambahan untuk memberi keselesaan dan kemudahan murid-murid sekolah ini. Terima kasih JKR,KPM,JPNPP dan PPDTL. Kerja-kerja mengubah kantin dan meroboh Bangunan Kantin dan Bilik Kemahiran Hidup sedang rancang dijalankan. Insyaallah kantin akan beropersi di bangunan sementara berhampiran dengan Makmal Komputer. Harapan GB supaya murid-murid, guru-guru dan ibubapa bersabar dengan kesulitan yang bakal dialami sepanjang tempoh siap bangunan baru yang akan didirikan nanti.

Kelas Tambahan Tahun 6 dan SBT


Pn. Kang Memberi Latihan Kepada Pelajar SBT

Cikgu Maimunah menerangkan konsep dalam Matematik

Murid sedang tekun mendengar penerangan guru

Murid Tahun 6 akan menghadapi UPSR pada bulan September ini. Untuk membantu para pelajar, guru-guru sekolah ini telah memberi khidmat bakti dengan menjalankan kelas tambahan bagi 4 mata pelajaran utama kepada pelajar mulai 1 - 5 Jun 2009 jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru terlibat. Terima kasih cikgu. Nasihat GB kepada para pelajar gunakanlah peluang dan ruang yang ada ini untuk membaiki prestasi anda. "HANYA DIRI ANDA YANG MAMPU MENGUBAHNYA"