VISI SEKOLAH

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN AKHLAK

MISI SEKOLAH

1. Peningkatan prestasi akademik serta pembentukan peribadi yang mulia.
2. Mewujudkan perasaan kekitaan,tanggung jawab dan penyayang di kalangan para guru, ibu bapa dan pelajar.
3. Menyediakan suasana persekolahan yang cekap,kemas,mesra dan selamat.

********** BERITA TERKINI **********



********** BERITA TERKINI **********





Saturday, February 28, 2009

Mesyuarat Guru Ke2

Kepada semua guru SKTB.
Mesyuarat Guru Ke2 akan diadakan pada :
Tarikh : 3 Mac 2009 (Selasa)
Masa : 1.35 tgh
Tempat : Bilik Komputer SKTB
Semua guru diwajibkan hadir.
Daripada : GB,SKTB.

UJian Prestasi 1

Kepada semua murid SKTB. Ujian Prestasi 1 akan diadakan mulai 3 hingga 5 Mac 2009. Selamat berjaya.

Tuesday, February 24, 2009

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG Ke36 2009 akan di adakan :
Tarikh : 7 Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan, Kantin Sekolah
Semua guru dan ibu bapa dijemput hadir.

Tuesday, February 17, 2009

Tahniah

Warga SKTB mengucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak sekolah yang telah berjaya menewaskan SK Batu Feringgi dalam perlawanan pertama liga Zon Kelawai. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Penasihat, (En. Rafi)PKKK, (En. Mahadhir)Pak Leh dan ibu bapa yang telah memberi sokongan kepada pasjukan SKTB. Warga SKTB berdoa agar pasukan berjaya dalan perlawanan kedua pada 18 Feb 2009.

Monday, February 16, 2009

Selamat Bertandingan

Warga sekolah SKTB mengucapkan dan mendoakan supaya Pasukan Bola Sepak Sekolah berjaya dalam Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 tkb peringkat Zon Kelawai 2009.
Pertandingan bermula 16 - 20 Feb 2009 jam 4.00 petang di Padang SK Pykett Methodist.

Pelajar Harapan Sekolah

Warga Pendidikan SKTB mengucapkan tahniah kepada pelajar Darjah 6 yang telah menerima pelajar harapan sekolah untuk mencapai keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2009. Jadikanlah anugerah dan pengharapan sekolah sebagai pendorong dan suntikan semangat untuk belajar dengan lebih gigih supaya hasrat sekolah dan cita-cita pelajar tercapai. Kepada pelajar yang lain berusahalah lebih gigih supaya anda juga akan di anugerahkan pelajar harapan sekolah.

Friday, February 13, 2009

Tahniah Pemain Sepak Takraw

Tahniah daripada warga sekolah kepada pelajar:
1) Mohd Syafiq b Yusri Th6B
2) Mohamad Hanif b Zuraimi Th6A
Yang telah terpilih mewakli Zon Kelawai dalam Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Negeri 2009 yang akan diadakan pada 17-19 Feb 2009 di Komplek Sekan Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Wednesday, February 11, 2009

Mesyuarat Staf Sokongan Pertama 2009

Satu Mesyuarat Staf Sokongan 1 SKTB akan di adakan;
Tarikh : 12 Feb 2009 (Khamis)
Masa : 1.30 tgh
Tempat : Bilik Komputer.

Semua staf sokongan diwajibkan hadir.

Kaunter Urus Zakat (PUZ)

Kaunter Urus Zakat akan membuka kaunter di Bilik Guru Sekolah pada 11 Feb 2009 (Rabu) Guru yang berminat bolehlah bertanya atau mendapatkan maklumat tentang pembayaran zakat pendapatan/harta/barang emas dan sebagainya.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada PUZ Pulau Pinang.

Friday, February 6, 2009

Selamat Menyambut "Hari Thaipusam"

Warga sekolah SKTB mengucapkan selamat menyambut "Hari Thaipusam" kepada semua guru & murid yang beragama Hindu di sekolah ini.

Thursday, February 5, 2009

Amanat & Harapan KPM dan Pengarah Pulau Pinang 2009

AMANAT TAHUN BARU 2009
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
FOKUS UTAMA KPM
 Modal Insan.
 Pendidikan Berkualiti.
 Meningkat Keupayaan Pengetahuan.
 Inovasi Negara.
 Memupuk Minda Kelas Pertama.
PENDEKATAN
 Pemimpin Mesti Bertanggungjawab.
 Budaya Penyelenggaraan Yang Baik.
 Perbelanjaan Berhemah.
 Adil, Saksama Dan Tegas.
 Keputusan Yang Betul Dan Tepat.
 Kerja Berpasukan/Team Work.
 Pemantauan Dan Penilaian.
 Perpaduan Dan Semangat Patriotisme.
STRATEGI
 Kaunter Pertanyaan.
 Front-Liners
 Ketepatan Masa.
 Penampilan Diri Yang Baik & Meyakinkan
 Mempunyai Kemahiran, Keupayaan Dan
Kebolehan Yang Cekap Serta Berkualiti.
 Penyampaian Maklumat Yang Cepat.
 Perlaksanaan Program KPM Dengan Cepat
Dan Berkesan
HARAPAN PENGARAH
• Disiplin pelajar – semua guru bertanggungjawab. ”Benda besar dikecilkan bukan yang kecil dibesarkan”
• Penilaian KK mesti bersistematik – guru mesti hadir bersama setiap aktiviti dan kemahiran guru hendaklah ditingkatkan.
• Fungsi Guru Bimbingan dan Kaunseling mestilah ditingkatkan – Program mestilah dirancang untuk pelajar.
• Sambutan Hari Guru 16 Mei 2009 di Terengganu. Sambutan peringkat sekolah seminggu lebih awal yang melibatkan guru, murid, ibu bapa dan bekas pelajar.
• Legal to the govement of the day
• Sentiasa memathui hairaki perjawatan
• Mempunyai manual prosuder kerja dan Fail Meja
• Keutamaan guru ialah murid di bilik darjah bukan direct selling/kelas tuisyen
• Tabung “One Malaysia Once Voice”
• Bulan Penghayatan Erti Kemerdekaan
• Tindak Ikut Mesyuarat Keutuhan KPM
* Semak peraturan yang ada - suaikan
* Satatus murid (bukan warganegara)
* Peranan Lembaga Pengelola Sekolah / PIBG
* Semak piaggam sekolah (SMART)
* Peka kepada kemudahan OKU
* Tindak susul aduan pelanggan
* Salah guna dadah
* Gangguan seksual
* Tidak hadir bertugas

GB, SKTB

Wednesday, February 4, 2009

Borang Maklumat Murid

Diminta kerjasama guru kelas supaya mengumpul dan menghantar Borang Maklumat Murid yang masih belum dikembalikan selewat-lewatnya pada hari Jumaat 6 Februari 2009
kepada PK(HEM).

Semua Ketua Panitia

Untuk makluman kepada semua Ketua Panitia. Mesyuarat telah memutuskan tarikh akhir menglengkapkan & mengemaskini fail panitia ialah pada 10 Feb 2009. Harap Maklum.

PK1, SKTB

Bola Jaring Zon Kelawai Bawah 12

Sekolah kita akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon Kelawai Bawah Umur 12 Tahun di bawah pimpinan Cikgu Nichitram pada 4 Febuari 2009 jam 4.00 petang di SK Teluk Bahang sebagai tuan rumah. Warga sekolah berdoa agar pasukan sekolah kita berjaya. Selamat bertandingan.

Sunday, February 1, 2009

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu-bapa (waris) murid tahun 6 yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan perjumpaan waris yang telah diadakan pada 31 Januari 2009. Tidak lupa juga kepada semua PK, Ketua-Ketua Panitia (Pn. Asiah, Pn. Prema, Pn. Maimunah dan Pn. Esther)Pihak seklah mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Staff Club SKTB dan semua guru kerana menjaya Perkembangan Staff I.
Moga allah memberkati usaha kita semua. Amin....

Makluman,
Tarikh akhir menyediakan Kad Stok lama ke baru : 15 Mac 2009

Dari : Pentadbiran, SKTB.