VISI SEKOLAH

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN AKHLAK

MISI SEKOLAH

1. Peningkatan prestasi akademik serta pembentukan peribadi yang mulia.
2. Mewujudkan perasaan kekitaan,tanggung jawab dan penyayang di kalangan para guru, ibu bapa dan pelajar.
3. Menyediakan suasana persekolahan yang cekap,kemas,mesra dan selamat.

********** BERITA TERKINI **********



********** BERITA TERKINI **********





Tuesday, November 16, 2010

Hari Kanak-Kanak





Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah diraikan pada 15 November 2010.

Friday, November 12, 2010

Tahniah!



Tahniah kepada Nur Ayuni Bt. Aminuddin, Noor Sharina Bt. Sharizal dan Khairun Neesa Bt. Rohaizad yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010.

Wednesday, November 10, 2010

Tahniah!



Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Somraaj a/l Yewgarajan, Nur Ayuni Bt. Aminuddin dan Noor Sharina Bt. Sharizal yang telah berjaya mendapat johan dalam Pertandingan Cabaran Dinotrek Petrosains 2010 di Pusat Membeli Belah Aeon, Seberang Perai City pada 9 November 2010.

Friday, November 5, 2010

Program Sifar Dadah (PROSIDAR)




Pihak sekolah telah menjemput Agensi Antidadah Kebangsaan untuk menyampaikan ceramah antidadah kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 pada 4 November 2010. Pihak ADK juga mengadakan pameran antidadah di bilik darjah.

Wednesday, November 3, 2010

Program Peningkatan Kurikulum & Kemajuan Pendidikan Kelompok R3



Pihak sekolah telah mengelola program ini di SK Tanjung Tokong pada 2/11/2010. Semua guru besar, penolong-penolong kanan dan penyelia petang sekolah-sekolah kelompok r3 telah dijemput untuk menghadiri program ini. Prof. Madya Dr. Zasmani Bt. Shafiee (Pakar runding psykiatri kanak-kanak & remaja) dari Pusat Perubatan Gleneagles telah menyampaikan ceramah yang bertajuk "Pengurusan Stress".

Cleanathon




PIBG SK Tanjung Bunga telah menganjurkan Hari Cleanathon pada 30/10/2010. Beberapa aktiviti seperti gotong-royong, pertandingan bola baling dan cabutan bertuah telah diadakan di sekolah.

Monday, September 6, 2010

Majlis Khatam Al-Quran & Penyerahan Quran Wakaf





Panitia Pendidikan Islam SKTB telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran & Penyerahan Quran Wakaf Peringkat Sekolah pada 3/9/2010.

Wednesday, September 1, 2010

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah



Pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan pada 30 Ogos 2010.

Monday, August 30, 2010

Taklimat Permohonan Penempatan ke Tingkatan 1 dan Sekolah Berasrama Penuh



Pihak sekolah telah mengadakan taklimat ini kepada waris-waris Tahun 6 pada 26 Ogos 2010 di makmal komputer.


Wednesday, August 11, 2010

Pertandingan Robotik Kebangsaan 2010 Pulau Pinang



Pasukan robotik sekolah (ROBOLIT) telah menyertai pertandingan ini di SMK Gemilang, Telok Air Tawar, Butterworth pada 9 Ogos 2010. Pasukan ROBOLIT telah berjaya mendapat tempat keempat dalam kategori terbuka sekolah rendah. Tahniah juga diucapkan kepada En. Sathis Kumar a/l Krishnan yang telah berjaya merangkul 'Anugerah Mentor Terbaik'.


Monday, August 2, 2010

Majlis Persaraan En. Saleh Bin Noor





Pihak sekolah telah meraikan majlis persaraan En. Saleh Bin Noor (Pak Leh) pada 30 Julai 2010. Beliau telah berkhidmat selama 18 tahun di sekolah ini. Segala jasa dan budi yang telah diberikan oleh Pak Leh akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga SKTB. Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Bersara" kepada Pak Leh.