Thursday, February 25, 2010

Tahniah

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak sekolah yang telah berjaya menewaskan pasukan SK Hutching dalam perlawanan bola sepak zon kelawai pada 24/2/2010 dengan keputusan 5-2.

Monday, February 22, 2010

Latihan Kawad Kebakaran











Pihak sekolah telah mengadakan latihan kawad kebakaran pada 19/2/2010. Latihan ini bertujuan untuk melatih murid-murid menghadapi situasi kebakaran di sekolah. Murid-murid telah diberi taklimat tentang prosedur-prosedur yang harus dipatuhi apabila berlaku sesuatu kebakaran.

Friday, February 12, 2010

Pemantauan Oleh PPD Timur Laut


Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai PPD Timur Laut (En. Md Nasser Ismail, En. Zainudin Jais, En. Mohd Nasir Ismail dan Pn. Nor Azizah Haron) yang telah memberikan saranan-saranan untuk penambahbaikan pengurusan akademik sekolah semasa pemantauan pada 11 Februari 2010.