VISI SEKOLAH

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN AKHLAK

MISI SEKOLAH

1. Peningkatan prestasi akademik serta pembentukan peribadi yang mulia.
2. Mewujudkan perasaan kekitaan,tanggung jawab dan penyayang di kalangan para guru, ibu bapa dan pelajar.
3. Menyediakan suasana persekolahan yang cekap,kemas,mesra dan selamat.

********** BERITA TERKINI **********



********** BERITA TERKINI **********





Wednesday, August 11, 2010

Pertandingan Robotik Kebangsaan 2010 Pulau Pinang



Pasukan robotik sekolah (ROBOLIT) telah menyertai pertandingan ini di SMK Gemilang, Telok Air Tawar, Butterworth pada 9 Ogos 2010. Pasukan ROBOLIT telah berjaya mendapat tempat keempat dalam kategori terbuka sekolah rendah. Tahniah juga diucapkan kepada En. Sathis Kumar a/l Krishnan yang telah berjaya merangkul 'Anugerah Mentor Terbaik'.


Monday, August 2, 2010

Majlis Persaraan En. Saleh Bin Noor





Pihak sekolah telah meraikan majlis persaraan En. Saleh Bin Noor (Pak Leh) pada 30 Julai 2010. Beliau telah berkhidmat selama 18 tahun di sekolah ini. Segala jasa dan budi yang telah diberikan oleh Pak Leh akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga SKTB. Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Bersara" kepada Pak Leh.

Thursday, July 29, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010











Hari Anugerah Kecemerlangan 2010 telah diadakan di SM Pendidikan Khas Persekutuan, Tanjung Bunga pada 24 Julai 2010. En. Abdul Wahab Bin Tahir selaku Yang Dipertua PIBG telah merasmikan majlis ini.